Saturday, 16 September 2017

Majlis Penutupan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017

Salam untuk semua,

Pada 15 September baru-baru ini telah berlangsung Majlis Penutupan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017.

Pertandingan pakaian kreatif sebelum majlis penutupan diadakan.

Sepanjang program sambutan ini diadakan, pelbagai program telah diadakan, antaranya ialah pertandingam diklamasi sajak, nyanyian lagu patriotik, bicara tokoh, jejak sejarah, pertandingan kad kreatif dan buku skrap sejarah.

Semoga matlamat sambutan bulan kemerdekaan ini tercapai antaranya ialah untuk mrncungkil serta menggilap bakat yang ada dalam diri murid-murid.

En. Shahroni Salleh, GPK Kokurikulum sedang menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya.

Pn. Nurdiana Ahmad Zahari, GPK HEM menyampaikan hadiah.

En. Zalid Seman, GPK Pentdbiran dijemput menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna dalam kalangan guru-guru.

Penyerahan banting Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017 oleh Setiausaha Sambutan Bulan Kemerdekaan, En. Kamal Effendy kepada tuan Guru Besar.

Tuesday, 12 September 2017

Selamat Menduduki UPSR 2017

Salam untuk semua,

Kepada semua murid Tahun 6 SK Tempoyang, selamat menduduki UPSR 2017. Semoga Allah swt memberi kesihatan yang baik kepada kamu semua, memberi ketenangan serta akal fikiran yang tajam agar kamu dapat menjawab semua soalan dengan sebaiknya.

In shaa Allah, dengan usaha-usaha yang telah dilaksanakan sebelum ini, SK Tempoyang akan mencapai keputusan yang baik pada tahun ini. Semoga anak-anak Tahun 6 sentiasa dirahmati Allah swt.

Thursday, 7 September 2017

Program Restu Ilmu 2017

Salam untuk semua,

Pagi tadi telah berlangsung Program Restu Ilmu sempena peperiksaan UPSR yang akan bermula pada 11 September ini.

Guru Besar sedang menyampaikan taklimat berkaitan pelaksanaan program kecemerlangan serta prestasi semasa semua subjek UPSR.

Terima kasih kepada semua ibu bapa kerana ndapat meluangkan masa untuk sama-sama meraikan program ini.

Guru Besar menyampaikan alat tulis untuk anak-anak pelajar Tahun 6.

Semua guru Tahun 6 diberi peluang berucap dalam program ini.

Cikgu Masjulia Mustafa menjadi pengacara majlis bagi menjalankan program ini.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan murid 
di atas komitmen bagi menjayakan program ini.

Monday, 4 September 2017

Sumbangan Alat tulis ADUN Padang Tengku dan GPMS Lipis

Salam untuk semua,

Pagi tadi (5 September 2017) berlangsung majlis penyampaian sumbangan alat tulis ADUN Padang Tengku dan GPMS Lipis kepada murid-murid Tahun 6 SK Tempoyang.

Terima kasih kepada Tuan Haji Zulfakhri (Penolong PPD Perhubungan) dan En. Khairum Nizam Ahmad (Penyelia HEM PPD Lipis) yang hadir mewakili YB Dato' Mustapa Long bagi menyempurnakan majlis tersebut.

Terima kasih YB Dato' dan GPMS Lipis di atas sumbangan yang diberi.

Wednesday, 23 August 2017

Program Riadah Minda Tahun 6

Salam untuk semua,

Pada 19 Ogos yang lalu, murid-murid Tahun 6 telah mengikuti program riadah minda ke Bukit Tinggi, Bentong.

Lokasi pertama lawatan ialah ke Colmar Tropicale French Theme Resort.

Seronok dapat pegang chital deer di Animal Farm.

Acara terakhir di Bukit Tinggi ini ialah bermain bowling di Berjaya Hills Bowl.

Cikgu-cikgu pun tak lepas peluang bermain. Semoga program riadah minda ini mampu mengurangkan tekanan menjelang UPSR pada 11 September nanti.

Program Bicara Tokoh sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Tempoyang 2017

Salam untuk semua,

Salah satu program yang diadakan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017 ialah Program Bicara Tokoh. Tokoh yang dijemput ialah Tuan Haji Mohamad bin Haji Ibrahim, Tokoh Guru Daerah Lipis 2014. Program ini diadakan pada 16 Ogos 2017, jam 2.30 petang.

Ucapan aluan oleh En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Tempoyang.

Tuan Haji Mohamad menyampaikan ceramahnya berkaitan kemerdekaan negara.

Menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan-soalan kuiz sepontan.

Tuan Guru Besar menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Tuan Haji Mohamad.

Program Khidmat Masyarakat SK Tempoyang di SK Kuala Tahan

Salam untuk semua,

Pada 12 Ogos 2017 (Sabtu), SK Tempoyang telah mengadakan program khidmat masyarakat di SK Kuala Tahan. Program ini adalah salah satu aktiviti Sekolah Kluster Kecemerlangan.
Gambar : En. Baharum Bakar, Guru Besar SK Kuala Tahan menyampaikan cenderamata kepada En. Mohd Fazli Abd Hamid.

Guru Besar SK Tempoyang menyampaikan taklimat tentang program yang dilaksanakan.

Guru-guru SK Tempoyang menyampaikan taklimat teknik-teknik menjawab soalan UPSR.

Dua subjek yang menjadi fokus utama ialah Bahasa Inggeris dan Matematik.

Walaupun masa agak suntuk, namun diharapkan program ini mampu memberi impak kepada kesediaan anak-anak Tahun 6 SK Kuala Tahan menduduki peperiksaan UPSR nanti.

Terima kasih kepada Guru Besar dan guru-guru SKKT kerana sudi menerima kehadiran rombongan dari SK Tempoyang.

Majlis Pelancaran Kelab Rukun Negara dan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017

Salam untuk semua,

Terima kasih kepada Dato' Haji Zulkifli bin Othman, Pengerusi JKKK Kampung Tempoyang kerana sudi hadir untuk merasmikan penubuhan Kelab Rukunegara dan pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Guru-guru perempuan bergambar dengan tema 'gadis kampung'.

Mengibar Jalur Gemilang beramai-ramai.

Drama kemerdekaan dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 5.

Tuan Guru Besar menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Tuan Haji Zulkifli Othman.

Perkhemahan Unit Beruniform 2017

Salam untuk semua,

Perkhemahan Unit Beruniform SK Tempoyang telah diadakan pada 3 Ogos 2017 yang lalu.

Panel penilai sedang memberi markah kepada khemah masing-masing.

Pertandingan ikhtiar hidup.

Guru-guru bergotong-royong memasak makanan untuk peserta-peserta perkhemahan.

Cikgu Zalid dan Cikgu Zehan sedang menyenduk mi goreng untuk peserta-peserta perkhemahan bersarapan.

Kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Nik Kamil.

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Terima kasih kepada En. Shaharoni, GPK Kokurikulum dan guru-guru kerana bertungkus lumus menjayakan program perkhemahan ini.

Majlis Tautan Kasih Aidil Fitri 2017

Salam untuk semua,

Sambutan Aidil Fitri peringkat sekolah telah diadakan pada 13 Julai 2017. Matlamat utama program ini ialah untuk mengukuhkan hubungan silaturahim antara warga sekolah dengan ibu bapa serta komuniti.

Murid-murid mengadakan persembahan bagi menghiburkan tetamu yang hadir.

Guru-guru menikmati juadah hari raya.

Bergambar sebelum memulakan tugas melayan tetamu yang hadir.

Terima kasih YB Dato' Mustapha Long, ADUN Padang Tengku dan pegawai-pegawai PPD Lipis kerana sudi hadir.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan orang perseorangan yang telah menyumbang juadah sempena majlis ini. Sesungguhnya budi baik tuan-tuan dan puan-puan semua, hanya Allah yang membalasnya.