Profil Sekolah

PROFIL SEKOLAH
VISI
Melestarikan Sekolah Unggul 2020

MISI
Memberi Pendidikan Terbaik Kepada Semua Murid Untuk Melahirkan Warganegara Yang Berkualiti Berdasarkan Falsafah Pendidikan kebangsaan


BUDAYA

Setiap warga SK Tempoyang bertanggungjawab mengamalkan BUDAYA berikut :
          
            Menepati Masa
           Berbudi Bahasa
           Budaya Ilmu
           Budaya Ucap Terima Kasih
           Budaya Penyayang


PIAGAM PELANGGAN

Dalam usaha menjadikan Sekolah Kebangsaan Tempoyang terbaik dan dinamik, kami dengan tekad dan iltizam berikrar mmenyempurnakan hak-hak pelanggan kami seperti berikut :

KEPADA PELAJAR

P Menghasilkan murid yang cemerlang dan berakhlak mulia.
P Menyediakan iklim sekolah yang kondusif bagi merangsang pembelajaran
P Memberi peluang kepada semua pelajar mengembangkan bakat dan potensi
    dalam aktiviti kokurikulum

KEPADA KAKITANGAN SEKOLAH

P Memastikan semua guru mendapat kemudahan terbaik bagi
P Menghasilkan kejayaan yang berkualiti
P Menyediakan kemudahan secukupnya kepada kakitangan bagi menjalankan
    tugas degan cekap dan berkesan

KEPADA IBU BAPA / PENJAGA

P Memastikan semua ibu bapa / penjaga mendapat perkhidmatan berkualiti dan  
    mesra semasa berurusan dengan pihak sekolah

KEPADA KOMUNITI

P Melibatkan masyarakat dalam meningkatkan prestasi sekolah

KEPADA NEGARA

P Melahirkan warganegara yang cergas, berilmu, bertakwa, berakhlak mulia, kreatif
    dan inovatif, berketerampilan, celik IT serta berupaya memberi sumbangan untuk
    kemakmuran negara.


MATLAMAT STRATEGIK

P Semua murid mencapai prestasi akademik yang tinggi.
P Semua murid mencapai prestasi sukan dan kokurikulum yang tinggi.
P Semua murid memiliki sahsiah terpuji.
P Mencapai mutu pengurusan dan kepimpinan yang cemerlang.


OBJEKTIF

P Melahirkan warga sekolah yang mengamalkan budaya ilmu, budaya penyayang  
     dan budaya kerja gemilang.
P Pembinaan sahsiah terpuji dan bertanggungjawab.
P Membentuk warga yang mengamalkan nilai murni serta bersikap positif.
P Meningkatkan kualiti pendidikan untuk mencapai kegemilangan kurikulum,
      kokurikulum dan bina insan.
P Mewujudkan perkhidmatan yang efisien dan mesra pelanggan.
P Membentuk fizikal dan iklim sekolah yang kondusif, ceria dan milik bersama.
P Mewujudkan hubungan mesra dan toleransi dengan organisasi dan komuniti
     setempat.


SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Tempoyang mula dibina pada tahun 1999. Ia terletak di KM 10, Jalan Lipis-Padang Tengku, Kampung Tempoyang, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur, bersebelahan dengan SMK Seri Lipis dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Sekolah ini mula dibuka pada 1 Januari 2001 dengan muridnya seramai 58 orang iaitu terdiri daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 5 sahaja.

 Stafnya pula terdiri daripada 11 orang guru iaitu 6 lelaki dan 5 orang guru perempuan, Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Am Rendah.

Lencana sekolah dicipta oleh Cikgu Shaifudin bin Salleh dengan kerjasama daripada guru-guru sekolah ini. Lencana  ini mula digunakan pada bulan Januari 2001. Pada bulan ini juga lagu “Ilmu Gemilang Jaya” mula berkumandang sebagai lagu rasmi sekolah. Lagu ini ciptaan Encik Wahiduddin bin Abdul Manaf, guru muzik dari SMK Clifford.


Mulai tahun 2005 Prasekolah mula dibuka di sekolah ini dengan bilangan murid seramai 25 orang.Hasil komitmen dan kerjasama yang memberangsangkan oleh seluruh warga SK Tempoyang, sekolah ini telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan bina insan.



LENCANA
WARNA 
Biru - melambangkan perpaduan dan warna identiti sekolah.
Putih - melambangkan kebersihan yang menjadi amalan warga SKT.

Hitam dan putih - melambangkan bendera Negeri Pahang.

OBJEK
Gelung - melambangkan perpaduan antara kaum.
Gading - melahirkan pelajar yang berkualiti dan juga merupakan simbol Negeri Pahang.
ICT - melambangkan warga SK Tempoyang celik ICT dan mahir menggunakan komputer.


LAGU SEKOLAH


Berilmu berperibadi mulia
Wawasan menuju cita
Kuatkan azam terus berusaha
lmu gemilang jaya


Bersama-sama kita berikrar
Bersama memburu cita-cita
Hasrat murni berbakti demi pertiwi


Teruskan semangat cekal hati
Rohani jasmani dan emosi
Teras kejayaan disiplin jati diri


Mari kita jadikan pedoman
Berusaha tangga kejayaan
Melahirkan insan bestari
Dan berdedikasi


Tercapai hasrat cita-cita
Agama, bangsa dan negara
Ilmu gemilang jaya………


SENARAI GURU BESAR


BIL
GAMBAR
NAMA
TEMPOH BERKHIDMAT 
DI SK TEMPOYANG
1
En Abdul Aziz bin Mat Zain 
01.01.2001 – 02.01.2003
2
Tuan Haji  Ahmad Suhaimi bin Mohamed 
01.02.2003 – 30.11.2003
3
Pn  Hajah Norizan Binti Yusof 
01.12.2003 – 31.05.2015
4
Hajah Rosniza binti Abu Bakar
01.07.2015 – 01.01.2017
5
En. Mohd Fazli bin Abd Hamid
01.01.2017 - Sekarang


No comments:

Post a Comment