Thursday 7 December 2017

Hari Terakhir Sesi Persekolahan 2017

Jumaat 24 November adalah hari terakhir sesi persekolahan 2017.

Beberapa program telah diadakan, antaranya ialah Program Sekolah Penyayang bagi meraikan murid-murid dan guru-guru yang menyambut hari lahir pada bulan November dan Disember.

Penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada murid-murid yang menunjukkan pencapaian Sahsiah Terpuji bagi setiap kelas.

Seronok murid-murid mendapat kek.

Cikgu-cikgu pun dapat kek seorang satu.

Guru-guru dan murid-murid yang menyambut hari lahir pada bulan November dan Disember diraikan dengan nyanyian lagu 'Selamat Hari Lahir' oleh rakan-rakan yang lain.

"SELAMAT BERCUTI ANAK-ANAK TEMPOYANG"

Malam Gala Sayonara

Jamuan makan malam anjuran murid-murid Tahun 6 bagi meraikan guru-guru yang mengajar mereka sepanjang bersekolah di SK Tempoyang.

Fasya dan Faris bertindak sebagai juruacara program ini.

Tuan Guru Besar menyampaikan amanat terakhir kepada murid-murid Tahun 6.

Cikgu Firdaus, guru matematik bergambar dengan murid-murid lelaki.

Kenangan terakhir sebelum membawa haluan masing-masing di sekolah menengah nanti.

Murid-murid perempuan bergambar dengan guru-guru perempuan.

Murid-murid Tahun 6 bergambar bersama-sama Guru Besar.

Terima kasih semua kerana membawa pelbagai jenis juadah.

Hari Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Prasekolah 2017

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah 2017 telah diadakan pada 23 November yang lalu. Acara perasmian disempurnakan oleh Dr Shatar bin Che Abd Rahman, Timbalan Pengarah IPGK Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis.

Dr. Shatar menyampaikan sijil tamat prasekolah kepada anak-anak yang akan meneruskan pengajian di tahun satu mulai tahun hadapan.

Bergambar dengan murid-murid prasekolah sejurus selesai majlis graduasi.

Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya.

Dr. Shatar menyampaikan ucapan perasmian.

Persembahan menarik daripada murid-murid SK Tempoyang.

Guru-guru bergambar di akhir majlis.
Terima kasih kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pengelola yang telash bertungkus-lumus menjayakasn masjlis ini.

Selangkah Ke Sekolah Menengah

Program Pasca UPSR, Selangkah Ke Sekolah Menengah melibatkan semua murid Tahun 6 SK Tempoyang telah diadakan pada 20 November 2017.

Penceramah yang dijemput bagi melaksanakan program ini ialah En. Ade Izzuan bin Abu Bakar, Kaunselor SMK Setiawangsa.

Semoga pengalaman dan ilmu yang dikongsi oleh En. Ade Izzuan ini memberi banyak manfaat kepada murid-murid Tahun 6 ini.

Tuan Guru Besar menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada En. Ade Izzuan.

Kawad Kebakaran 2017

Jawatankuasa 3K dengan kerjasama Jabatan Bomba Lipis telah mengadakan kawad kebakaran pada 20 November yang lalu.

Murid-murid sedang tekun mendengar taklimat daripada pegawai bomba yang terlibat.

Api semasa kecil menjadi kawan, tetapi bila besar menjadi lawan.

Cikgu Nadia Syafiqah sedang belajar cara-cara memadam api dengan menggunakan fire extinguisher.

Walaupun nampak senang, namun tanpa pengetahuan kita tidak dapat menggunakan peralatan memadam api dengan betul dan afektif.

Guru Besar sedang menyampaikan cenderamata sebagai tanda terima kasih kepada anggota-anggota bomba yang terlibat dalam program kawad kebakaran ini.

Program Cintai Buku Teks

Pada 17 November 2017, Jawatankuasa Buku Teks telah menganjurkan Program Cintai Buku Teks.

Semoga program ini, dapat meningkatkan rasa sayang murid-murid kepada buku teks masing-masing.

Guru-guru pun turut mengambil bahagian dalam program ini.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah membaik pulih dan membalut buku teks.

Harapan kita, buku-buku teks ini dapat bertahan lebih lama.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

English Singing Contest

Program 'English Singing Contest' sempena Karnival Bahasa Inggeris SK Tempoyang telah diadakan pada 15 November 2017.

Aizat dengan penuh perasaan ☺

Persembahan daripada Waiz, Fikri dan Aizat.

Haikal, Faris dan Zaim

Persembahan murid-murid perempuan Tahun 6.

Persembahan daripada Tahun 4

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Saturday 2 December 2017

Program Show and Tell

Program 'Show and Tell' sempena Karnival Bahasa Inggeris 2017. Program anjuran Panitia Bahasa Inggeris ini bertujuan melatih murid-murid agar mahir dalam public speaking. Tahniah kepada semua murid yang mengambil bahagian dalam program ini. Semoga keberanian anda semua menjadi inspirasi untuk rakan-rakan yang lain.

Barisan pengadil Pn. Norzehan dan Pn. Masjulia.

Hakimi (Tahun 6)

Upie (Tahun 5)

Hazmeer (Tahun 6)

Fasya (Tahun 6)

Izzah (Tahun 6)

Hidayah (Tahun 6)

Tuan Guru Besar turut menyaksikan program 'Show n Tell' ini.

Lawatan Prasekolah ke Palanetarium Negara & Aquaria KLCC

Lawatan murid-murid prasekolah ke Aquaria KLCC dan Planetarium Negara pada 29 Oktober 2017. 

Ibu bapa kanak-kanak turut menyertai lawatan ini.

Terima kasih kepada Cikgu Nik Dina Nafyza dan guru-guru yang terlibat menjayakan program lawatan ini.

Seronok kanak-kanak prasekolah mengikuti lawatan ini.

Seronok melihat hidupan laut yang tak pernah tengok di Aquaria KLCC.

Setinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada individu yang telah memberi  sumbangan kewangan bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar