Tuesday 25 April 2017

Perkongsian Pintar PdPc PAK21 Bersama Guru Besar Daerah Lipis

Pada 20 April 2017 seramai 26 orang Guru Besar Daerah Lipis telah hadir bagi Program Perkongsian Pintar Pembelajaran dan Pemudahancara Pembelajaran Abad Ke 21 bersama guru-guru SK Tempoyang. Para peserta didedahkan dengan Pembelajaran Abad Ke-21 dengan melihat guru mengajar di dalam kelas. Tahniah kepada semua peserta yang menujukkan minat bagi mendalami pengetahuan pengajaran PdPc Abad Ke-21. Tahniah kepada guru yang memberikan kerjasama dalam merealisasikan perkongsian ini.

Gambar kenang-kenangan Guru Besar Daerah Lipis bersama Pegawai SiSc+ PPD Lipis,En. Hazimin Nordin,KU Akademik dan En. Mohd Fazli Abd Hamid, Guru Besar SK Tempoyang.







Friday 21 April 2017

Majlis Penyampaian Sijil Akuan Sekolah Showcase PAK21

Majlis Penyampaian Sijil Akuan Sekolah Showcase Pembelajaran Abad Ke-21 pada 9 Februari 2017.

Terima kasih En. Nor Ahmad Abd Rahim (Pegawai Pendidikan Daerah), En. Hassan Basri Shamsudin (Timbalan PPD), Pn. Rosimawati Saad (SIP+), En. Hazimin Nordin (Ketua Unit Pengurusan Akademik), Pegawai-pegawai SISC+ dan Pegawai-Pegawai Unit Akademik PPD Lipis kerana sudi hadir ke SK Tempoyang untuk berkongsi idea berkaitan PAK21. 

Terima kasih juga kerana memilih SK Tempoyang sebagai sekolah showcase PA21. Semoga tanggungjawab ini mampu digalas dengan sebaik mungkin.