Saturday 16 September 2017

Majlis Penutupan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017

Salam untuk semua,

Pada 15 September baru-baru ini telah berlangsung Majlis Penutupan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017.

Pertandingan pakaian kreatif sebelum majlis penutupan diadakan.

Sepanjang program sambutan ini diadakan, pelbagai program telah diadakan, antaranya ialah pertandingam diklamasi sajak, nyanyian lagu patriotik, bicara tokoh, jejak sejarah, pertandingan kad kreatif dan buku skrap sejarah.

Semoga matlamat sambutan bulan kemerdekaan ini tercapai antaranya ialah untuk mrncungkil serta menggilap bakat yang ada dalam diri murid-murid.

En. Shahroni Salleh, GPK Kokurikulum sedang menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya.

Pn. Nurdiana Ahmad Zahari, GPK HEM menyampaikan hadiah.

En. Zalid Seman, GPK Pentdbiran dijemput menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna dalam kalangan guru-guru.

Penyerahan banting Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017 oleh Setiausaha Sambutan Bulan Kemerdekaan, En. Kamal Effendy kepada tuan Guru Besar.

Tuesday 12 September 2017

Selamat Menduduki UPSR 2017

Salam untuk semua,

Kepada semua murid Tahun 6 SK Tempoyang, selamat menduduki UPSR 2017. Semoga Allah swt memberi kesihatan yang baik kepada kamu semua, memberi ketenangan serta akal fikiran yang tajam agar kamu dapat menjawab semua soalan dengan sebaiknya.

In shaa Allah, dengan usaha-usaha yang telah dilaksanakan sebelum ini, SK Tempoyang akan mencapai keputusan yang baik pada tahun ini. Semoga anak-anak Tahun 6 sentiasa dirahmati Allah swt.

Thursday 7 September 2017

Program Restu Ilmu 2017

Salam untuk semua,

Pagi tadi telah berlangsung Program Restu Ilmu sempena peperiksaan UPSR yang akan bermula pada 11 September ini.

Guru Besar sedang menyampaikan taklimat berkaitan pelaksanaan program kecemerlangan serta prestasi semasa semua subjek UPSR.

Terima kasih kepada semua ibu bapa kerana ndapat meluangkan masa untuk sama-sama meraikan program ini.

Guru Besar menyampaikan alat tulis untuk anak-anak pelajar Tahun 6.

Semua guru Tahun 6 diberi peluang berucap dalam program ini.

Cikgu Masjulia Mustafa menjadi pengacara majlis bagi menjalankan program ini.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan murid 
di atas komitmen bagi menjayakan program ini.

Monday 4 September 2017

Sumbangan Alat tulis ADUN Padang Tengku dan GPMS Lipis

Salam untuk semua,

Pagi tadi (5 September 2017) berlangsung majlis penyampaian sumbangan alat tulis ADUN Padang Tengku dan GPMS Lipis kepada murid-murid Tahun 6 SK Tempoyang.

Terima kasih kepada Tuan Haji Zulfakhri (Penolong PPD Perhubungan) dan En. Khairum Nizam Ahmad (Penyelia HEM PPD Lipis) yang hadir mewakili YB Dato' Mustapa Long bagi menyempurnakan majlis tersebut.

Terima kasih YB Dato' dan GPMS Lipis di atas sumbangan yang diberi.