Tuesday 17 October 2017

Kejohanan Olahraga Tahunan 2017

Salam untuk semua,

Pada 11 Oktober 2017 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Olahraga Tahunan  (KOT) 2017 SK Tempoyang. KOT tahun ini diadakan secara dalaman sahaja memandang kesuntukan masa dan kekurangan tenaga petugas.
Tahniah kepada Zaim dan Balqis kerana dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati KOT 2017.

Pertandingan melontar peluru bagi Tahap 2 dan melontar bola hoki bagi Tahap 1.

Acara lompat jauh.

Acara lompat tinggi.

Seronok anak-anak prasekolah mengambil bahagian dalam acara sukaneka.

Pertandingan larian.

Cikgu-cikgu bertungkus lumus menjayakan program sukan kali ini. Tahniah semua.

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak prasekolah.

Tahniah kepada yang berjaya.

Tahniah rumah Kuning kerana menjadi johan keseluruhan KOT 2017.

Anugerah Kecemerlangan Akademik Lipis 2016

Salam untuk semua,

Tahniah kepada guru-guru Tahun 6, Guru Penolong Kanan dan semua warga SK Tempoyang di atas penganugerahan Sijil Kecemerlangan bagi pencapaian GPS terbaik, 100% menguasai semua mata pelajaran dan peratus 6A tertinggi bagi UPSR 2016. Tahniah juga kepada mantan Guru Besar, Puan Hajah Rosniza Abu Bakar.

Terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Lipis di atas penghargaan ini. Terima kasih juga kepada YB Dato Sri Ir. Haji Mohd Soffi bin Tan Sri Razak, ADUN Benta kerana sudi menyempurnakan aturcara penyampaian sijil tersebut.

Saturday 7 October 2017

Ekspedisi Mendaki Gua Bama

Salam untuk semua,


Pada 5 Oktober yang lalu, murid-murid Tahun 6 SK Tempoyang telah menyertai ekspedisi mendaki Gua Bama bersama SK Lubuk Kulit.

Gua Bama merupakan gua batu kapur yang terletak di kampung Relong, Kuala Lipis.

Semua peserta mengadakan senaman ringkas sebelum mula mendaki.

Walau tidak setinggi Kinabalu namun terasa juga penatnya.

Semoga ekspedisi ini memberi pengalaman menarik kepada semua peserta.

Menjamu selera selepas penat mendaki.

Wednesday 4 October 2017

Johan Pidato

Salam untuk semua,


Pagi tadi bertempat di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan telah berlangsung pertandingan pidato dan kuiz kenegaraan anjuran Jabatan Perpaduan dan Intergriti National &  Pejabat Pendidikan Daerah Lipis. Hazmeer Danish Hamidi, murid Tahun 6 SK Tempoyang mengambil bahagian dalam acara pidato bagi mewakili Zon Bandar.

Alhamdulillah, Hazmeer telah berjaya menjadi Johan pertandingan pidato ini. Tahniah Hazmeer dan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat mengurus dan melatih Hazmeer.

Semoga bakat yang dimiliki olah Hazmeer ini dapat terus digilap agar semakin berkembang maju.

Sambutan Hari Jadi Prasekolah

Salam untuk semua,


Pada 25 September yang lalu, prasekolah SK Tempoyang telah mengadakan Majlis Sambutan  Hari Jadi untuk anak-anak prasekolah.

anak-anak prasekolah sedang makan.

Menyanyi dan menari bersama singa Marrybrown.

Guru Besar menyampaikan hadiah hari jadi kepada murid2 yang terlibat.