Saturday 16 September 2017

Majlis Penutupan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017

Salam untuk semua,

Pada 15 September baru-baru ini telah berlangsung Majlis Penutupan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017.

Pertandingan pakaian kreatif sebelum majlis penutupan diadakan.

Sepanjang program sambutan ini diadakan, pelbagai program telah diadakan, antaranya ialah pertandingam diklamasi sajak, nyanyian lagu patriotik, bicara tokoh, jejak sejarah, pertandingan kad kreatif dan buku skrap sejarah.

Semoga matlamat sambutan bulan kemerdekaan ini tercapai antaranya ialah untuk mrncungkil serta menggilap bakat yang ada dalam diri murid-murid.

En. Shahroni Salleh, GPK Kokurikulum sedang menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya.

Pn. Nurdiana Ahmad Zahari, GPK HEM menyampaikan hadiah.

En. Zalid Seman, GPK Pentdbiran dijemput menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna dalam kalangan guru-guru.

Penyerahan banting Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017 oleh Setiausaha Sambutan Bulan Kemerdekaan, En. Kamal Effendy kepada tuan Guru Besar.

No comments:

Post a Comment