Wednesday 23 August 2017

Majlis Tautan Kasih Aidil Fitri 2017

Salam untuk semua,

Sambutan Aidil Fitri peringkat sekolah telah diadakan pada 13 Julai 2017. Matlamat utama program ini ialah untuk mengukuhkan hubungan silaturahim antara warga sekolah dengan ibu bapa serta komuniti.

Murid-murid mengadakan persembahan bagi menghiburkan tetamu yang hadir.

Guru-guru menikmati juadah hari raya.

Bergambar sebelum memulakan tugas melayan tetamu yang hadir.

Terima kasih YB Dato' Mustapha Long, ADUN Padang Tengku dan pegawai-pegawai PPD Lipis kerana sudi hadir.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan orang perseorangan yang telah menyumbang juadah sempena majlis ini. Sesungguhnya budi baik tuan-tuan dan puan-puan semua, hanya Allah yang membalasnya.

No comments:

Post a Comment