Wednesday 23 August 2017

Program Khidmat Masyarakat SK Tempoyang di SK Kuala Tahan

Salam untuk semua,

Pada 12 Ogos 2017 (Sabtu), SK Tempoyang telah mengadakan program khidmat masyarakat di SK Kuala Tahan. Program ini adalah salah satu aktiviti Sekolah Kluster Kecemerlangan.
Gambar : En. Baharum Bakar, Guru Besar SK Kuala Tahan menyampaikan cenderamata kepada En. Mohd Fazli Abd Hamid.

Guru Besar SK Tempoyang menyampaikan taklimat tentang program yang dilaksanakan.

Guru-guru SK Tempoyang menyampaikan taklimat teknik-teknik menjawab soalan UPSR.

Dua subjek yang menjadi fokus utama ialah Bahasa Inggeris dan Matematik.

Walaupun masa agak suntuk, namun diharapkan program ini mampu memberi impak kepada kesediaan anak-anak Tahun 6 SK Kuala Tahan menduduki peperiksaan UPSR nanti.

Terima kasih kepada Guru Besar dan guru-guru SKKT kerana sudi menerima kehadiran rombongan dari SK Tempoyang.

No comments:

Post a Comment