Thursday, 7 December 2017

English Singing Contest

Program 'English Singing Contest' sempena Karnival Bahasa Inggeris SK Tempoyang telah diadakan pada 15 November 2017.

Aizat dengan penuh perasaan ☺

Persembahan daripada Waiz, Fikri dan Aizat.

Haikal, Faris dan Zaim

Persembahan murid-murid perempuan Tahun 6.

Persembahan daripada Tahun 4

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Saturday, 2 December 2017

Program Show and Tell

Program 'Show and Tell' sempena Karnival Bahasa Inggeris 2017. Program anjuran Panitia Bahasa Inggeris ini bertujuan melatih murid-murid agar mahir dalam public speaking. Tahniah kepada semua murid yang mengambil bahagian dalam program ini. Semoga keberanian anda semua menjadi inspirasi untuk rakan-rakan yang lain.

Barisan pengadil Pn. Norzehan dan Pn. Masjulia.

Hakimi (Tahun 6)

Upie (Tahun 5)

Hazmeer (Tahun 6)

Fasya (Tahun 6)

Izzah (Tahun 6)

Hidayah (Tahun 6)

Tuan Guru Besar turut menyaksikan program 'Show n Tell' ini.

Lawatan Prasekolah ke Palanetarium Negara & Aquaria KLCC

Lawatan murid-murid prasekolah ke Aquaria KLCC dan Planetarium Negara pada 29 Oktober 2017. 

Ibu bapa kanak-kanak turut menyertai lawatan ini.

Terima kasih kepada Cikgu Nik Dina Nafyza dan guru-guru yang terlibat menjayakan program lawatan ini.

Seronok kanak-kanak prasekolah mengikuti lawatan ini.

Seronok melihat hidupan laut yang tak pernah tengok di Aquaria KLCC.

Setinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada individu yang telah memberi  sumbangan kewangan bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar

Tahniah Zaim & Faris

Tahniah kepada Zaim dan Faris di atas kejayaan mendapat tempat ketiga pertandingan scrable sempena Karnival Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Negeri Pahang 2017.

Penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Norsalfaizni selaku guru pengiring dan jurulatih


Lawatan Sambil Belajar ke Perpustakaan Raja Tun Uda & Muzium Diraja

Pada 26 Oktober 2017, Jawatankuasa Lawatan telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Lokasi pertama lawatan ialah ke Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

Selepas makan tengah hari dan solat di Masjid Sultan Salahuddin, lawatan diteruskan ke Muzium Diraja, Kuala Lumpur.

Guru-guru yang turut serta dalam lawatan (dari kiri) Pn. Nadia Syafiqah, Pn. Masjulia Mustaffa, Guru Besar, En. Mohd Fazli dan En. Kamal Efendi.

Tuesday, 17 October 2017

Kejohanan Olahraga Tahunan 2017

Salam untuk semua,

Pada 11 Oktober 2017 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Olahraga Tahunan  (KOT) 2017 SK Tempoyang. KOT tahun ini diadakan secara dalaman sahaja memandang kesuntukan masa dan kekurangan tenaga petugas.
Tahniah kepada Zaim dan Balqis kerana dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati KOT 2017.

Pertandingan melontar peluru bagi Tahap 2 dan melontar bola hoki bagi Tahap 1.

Acara lompat jauh.

Acara lompat tinggi.

Seronok anak-anak prasekolah mengambil bahagian dalam acara sukaneka.

Pertandingan larian.

Cikgu-cikgu bertungkus lumus menjayakan program sukan kali ini. Tahniah semua.

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak prasekolah.

Tahniah kepada yang berjaya.

Tahniah rumah Kuning kerana menjadi johan keseluruhan KOT 2017.

Anugerah Kecemerlangan Akademik Lipis 2016

Salam untuk semua,

Tahniah kepada guru-guru Tahun 6, Guru Penolong Kanan dan semua warga SK Tempoyang di atas penganugerahan Sijil Kecemerlangan bagi pencapaian GPS terbaik, 100% menguasai semua mata pelajaran dan peratus 6A tertinggi bagi UPSR 2016. Tahniah juga kepada mantan Guru Besar, Puan Hajah Rosniza Abu Bakar.

Terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Lipis di atas penghargaan ini. Terima kasih juga kepada YB Dato Sri Ir. Haji Mohd Soffi bin Tan Sri Razak, ADUN Benta kerana sudi menyempurnakan aturcara penyampaian sijil tersebut.

Saturday, 7 October 2017

Ekspedisi Mendaki Gua Bama

Salam untuk semua,


Pada 5 Oktober yang lalu, murid-murid Tahun 6 SK Tempoyang telah menyertai ekspedisi mendaki Gua Bama bersama SK Lubuk Kulit.

Gua Bama merupakan gua batu kapur yang terletak di kampung Relong, Kuala Lipis.

Semua peserta mengadakan senaman ringkas sebelum mula mendaki.

Walau tidak setinggi Kinabalu namun terasa juga penatnya.

Semoga ekspedisi ini memberi pengalaman menarik kepada semua peserta.

Menjamu selera selepas penat mendaki.

Wednesday, 4 October 2017

Johan Pidato

Salam untuk semua,


Pagi tadi bertempat di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan telah berlangsung pertandingan pidato dan kuiz kenegaraan anjuran Jabatan Perpaduan dan Intergriti National &  Pejabat Pendidikan Daerah Lipis. Hazmeer Danish Hamidi, murid Tahun 6 SK Tempoyang mengambil bahagian dalam acara pidato bagi mewakili Zon Bandar.

Alhamdulillah, Hazmeer telah berjaya menjadi Johan pertandingan pidato ini. Tahniah Hazmeer dan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat mengurus dan melatih Hazmeer.

Semoga bakat yang dimiliki olah Hazmeer ini dapat terus digilap agar semakin berkembang maju.

Sambutan Hari Jadi Prasekolah

Salam untuk semua,


Pada 25 September yang lalu, prasekolah SK Tempoyang telah mengadakan Majlis Sambutan  Hari Jadi untuk anak-anak prasekolah.

anak-anak prasekolah sedang makan.

Menyanyi dan menari bersama singa Marrybrown.

Guru Besar menyampaikan hadiah hari jadi kepada murid2 yang terlibat.